Jumaat, 27 Disember 2013

Filem mengisahkan kanak-kanak Disleksia


Filem ini sebenarnya telah saya tonton ketika waktu sekolah dulu tetapi pada ketika itu saya setakat menonton sebuah filem hindu yang agak menyentuh perasaan tentang pengorbanan seorang guru mendidikan seorang pelajar yang lembap dalam pembelajaran.Tetapi untuk lebih memahami lagi selepas saya tahu apa sebenarnya intipati cerita itu,saya menonton cerita ini sekali lagi.

Filem ini mengisahkan seorang kanak-kanak yang bernama Ishaan menghidapi masalah disleksia iaitu masalah tidak dapat membaca dan menulis disebabkan dia tidak mengenali huruf-huruf yang ditulis.Disebabkan masalah yang dihadapi,dia selalu gagal dalam peperiksaan..Akhirnya bapanya menghantar dia ke sekolah berasrama dan berpisah dari keluarga.Pada pendapat saya,ibubapa perlulah menyelidik mengapa anak-anak sering gagal dalam peperiksaan dan tidak terus menghukum dan tidak perlulah membandingkan pencapaian antara anak-anak seperti yang ditunjukkan oleh bapa Ishaan yang sering membandingkan pencapaian Ishaan dengan kakak Ishaan.

Semasa Ishaan di sekolah berasrama itu,seorang guru iaitu guru untuk subjek seni dapat mengesan masalah Ishaan ini.Gurunya ini melihat sesuatu yang aneh pada diri Ishaan kerana kurang terlibat dalam aktiviti dalam kelas dan sering berada dalam kesedihan.Guru ini berusaha mencari maklumat tentang Ishaan dan akhirnya guru ini dapat mengesan bahawa Ishaan menghadapi masalah Disleksia melalui perbualan dengan ibubapa Ishaan dan buku-buku latihannya.Saya amat tersentuh dan kagum dengan usaha guru ini dalam menyelidik tentang masalah yang sedang dialami Ishaan kerana dia mahu Ishaan belajar seperti kanak-kanak lain.Filem ini juga memperlihatkan kehidupan yang dihadapi kanak-kanak Disleksia.

Selepas mengetahui Ishaan menghadapi masalah Disleksia ini,gurunya membantu Ishaan untuk boleh menulis dan membaca dan akhirnya Ishan boleh menulis dan menbaca.Dalam tempoh gurunya membantu Ishaan,guru tersebut juga dapat mengesan bahawa Ishaan mempunyai bakat dalam melukis.Melalui bakat itu,guru tersebut telah mengadakan satu pertandingan melukis untuk memberi semangat yang baru kepada Ishaan.Dapat dilihat melalui cerita ini,setiap kanak-kanak itu berbeza dan mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing,seperti Ishaan walaupun menghadapi masalah dalam akademik tetapi berbakat dalam bidang lain  iaitu melukis.Kejayaan seorang pelajar bermula dari seorang guru yang prihatin terhadap persekitaran pelajarnya dan berusaha menggunakan kebolehan yang sedia ada untuk mengembangkan pencapaian pelajar tersebut secara maksimum.


Layari laman youtube dibawah:
http://www.youtube.com/watch?v=9bev--7zthI


SELAMAT MENONTON....................

Tiada ulasan:

Catat Ulasan