Definisi Disleksia
Disleksia
merupakan satu gangguan dalam pembelajaran yang dialami oleh kanak-kanak dan
boleh berlanjutan sehingga kanak-kanak itu dewasa.Disleksia merujuk kepada
masalah membaca dan menulis yang dihadapi oleh seseorang kanak-kanak.Kebiasaanya
gangguan ini adalah seperti gangguan
membaca, menulis,mengeja dan kemahiran mengira.
Kanak-kanak yang mengidap Disleksia tidak dianggap bodoh tetapi mengalami gangguan dalam proses pembelajaran dan gangguan ini boleh dipulihkan jika diberi tindakan yang sewajarnya.
Kanak-kanak yang mengidap Disleksia tidak dianggap bodoh tetapi mengalami gangguan dalam proses pembelajaran dan gangguan ini boleh dipulihkan jika diberi tindakan yang sewajarnya.
Punca berlakunya gangguan Disleksia
Ø Disleksia
dipercayai berpunca daripada cara otak itu memproses. Cara otak penghidap
Disleksia dengan otak orang normal bekerja adalah berbeza. Ia mungkin
disebabkan oleh kecacatan otak semasa dalam kandungan ataupun ianya datang dari
kemalangan.
Ø Selain itu,
kemungkinan besar penghidap Disleksia berpunca daripada keturunan penghidap itu
sendiri.
Ciri-ciri penghidap Disleksia
Ø Penghidap
gangguan ini dapat dikesan pada peringkat awal persekolahan
Ø Selalunya
penghidap akan menghadapi masalah lambat dalam membaca dan mempunyai tulisan
yang kurang kemas.
Ø Penghidap
suka mengurang atau menambah sendiri perkataan ketika sedang membaca.
Ø Mengalami
kekeliruan ketika membaca seperti huruf "p" dianggap "q"
dan hurf "b" dianggap "d".
Ø Perhatian
mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja sehingga selesai.
Ø Cenderung
menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa
memikirkan orang lain.
Ø Kurang
koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut.
Ø Keliru
dengan konsep masa seperti ‘semalam’, ‘ hari ini’ , ‘esok’.
Ø Kesukaran
memahami, mengingati dan mengikuti arahan.
Ø Selalu
tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah.
Cadangan
membantu kanak-kanak Disleksia
Ø
Bantu kanak-kanak dan keluarga
mengendali permasalahan ini dalam membina
keyakinan diri anak.
Ø
Rawat penyakit lain yang mungkin berkait
seperti Gejala Hiperaktif dan Kurang Daya Tumpuan.
Ø
Memberi terapi pertuturan kepada
kanak-kanak tersebut.
Ø
Menyediakan latihan pendengaran dengan
bantuan komputer.
Ø
Pendekatan pelbagai deria (Menggunakan
deria lain untuk membantu pembelajaran)
Ø
Deria sentuhan (menggunakan lakaran atas
kertas pasir)
Ø
Deria pendengaran (menggunakan ritma
atau bunyi perkataan/ huruf) dalam proses pembelajaran.
Individu Disleksia yang berjaya
Antara orang ternama yang pernah mengalami Disleksia semasa
zaman kanak-kanak ialah ahli politik
(Lee Kuan Yew), pelakon (Whoopi Goldberg), artis (Leonardo da Vinci) dan
saintis (Albert Einstein).
Untuk maklumat lanjut layari:
(Persatuan Disleksia Malaysia)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan