Teknologi Dan Inovasi


Pin Hole Glasses


Teknologi ini merupakan satu alat yang berfungsi untuk mengistirahatkan mata anda dengan mengalihkan tekanan yang dialami setiap hari. Pada saat yang sama,lubang atau rongga  yang terdapat di kacamata tersebut membuat mata anda fokus sesuatu objek tanpa membebankan  kerja otot mata anda. Ia juga mengurangi pancaran cahaya yang masuk dan menambah fokus pada mata anda,sehingga membuat objek terfokus sesuai dengan magnifikasi yang sesuai.Fungsi yang lain ialah:

1.  Mengendurkan ketegangan otot-otot mata.
2.  Meringankan sengal-sengal di sekeliling mata
     serta  pening kepala.
3.  Mengembalikan fokus mata secara bertahap. 
4.  Menghilangkan rasa perih di mata selepas mengadap
     komputer atau Television seharian.
5.  Menyegarkan kembali mata anda yang letih serta dapat merehatkan mata.


CervoCheck Device




   
Alat ini boleh berfungsi untuk mengenalpasti tanda-tanda awal bayi pramatang(bayi lahir tidak cukup bulan. Alatan ini mengandungi cervical ring yang diperbuat daripada medical grade biocompatible silicone elastomer dengan memasukkan satu alat mengesan sensor dikawasan vagina. Sensors ini mengenalpasti elektrikal kontraksi uterus. Melalui alatan ini kita boleh menanggarkan jika bayi mesti dilahirkan awal bulan ataupun tidak. Sehingga kini doktor menggunakan tochodynamometer, satu alatan mengesan kontaksi di bahagian luar. Tetapi alatan tersebut lambat untuk menggelakkan kelahiran pra-matang. Walaupun alatan ini diggunakan didalam tetapi ia sangat berguna berkesan untuk mengesan tanda-tanda awal kelahiran bayi pramatang.


Stiker Bluetooth




Teknologi ini ialah satu alat yang membantu anda mencari barang anda yang tidak dijumpai hanya menggunakan tombol pengaktif Bluetooth.Ianya dipanggil stiker Bluetooth iaitu berukuran kecil dan anda boleh menampal di mana-mana barang sahaja seperti dompet,gajet,kasut dan lain-lain.Stiker ini akan berkomunikasi dengan aplikasi smartphone yang disebut Stick-N-Find yang memiliki pengaturan untuk membantu anda menemukan barang-barang tersebut.



The Body Check Ball



Alatan diatas memberi kemudahan kepada manusia untuk menimbang berat badan dengan lebih mudah dan cepat serta dapat dilakukan dimana sahaja, bila-bila masa dan boleh memberi bacaan berat yang lebih tepat. Di samping itu juga, alatan ini mempunyai sensor untuk membaca lemak badan, berat tulang, muscle peratus, dan boleh memberi bacaan diskrin bola itu. Terdapat beberapa ciri “The Body Check Ball” : bacaan elektrod lemak badan, berat tulang, nisbah muscle, boleh menyimpan data lebih daripada 10, mempunyai  fungsi jam dan alarm, size: 74x80x78mm, berat 120g, menggunakan bateri 4 AAA bateri, dan LCD skrin. Melalui berat badan kita akan mengetahui general tentang kesihatan diri kita.


Soladey Ionik Toothbrush



Alatan diatas merupakan berus gigi yang tidak memerlukan ubat gigi ataupun bateri untuk berfungsi.Keberkesanannya juga tinggi daripada berus gigi pada zaman ini.Berus gigi ini hanya mengguna cahaya dan air untuk memberus gigi kita macam biasa. Soladey mempunyai phosensitive titanium rod dan menggunakan tenaga cahaya untuk membuang plak yang melekat pada gigi. Cara menggunakan alatan ini, sebelum memberus gigi menggunakan berus gigi ini, hendaklah mendedahkannya kepada cahaya matahari ataupun cahaya lampu dan merendam dalam air sebelum digunakan.



Jarum Bebas Kesakitan




Jarum bebas kesakitan ialah satu alat yang berfungsi sebagai menyejukkan kawasan kulit ditempat suntikan dilakukan.Ia memberi aliran kebas kepada kulit sebaik sahaja hujung jarum menyuntik kulit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan