Rancangan Pengajaran Harian(RPH)
Tarikh : 28 Oktober 2013
Hari : Isnin
Masa : 10.05-10.25 pagi.
Kelas : 2 Alfa
Mata pelajaran : Sains
Tajuk : Jenis Isipadu Cecair
Objektif
pengajaran : Di akhir pembelajaran murid dapat mengetahui
jenis-jenis isipadu cecair dalam subjek sains.
Nilai murni : Yakin dan Kreatif.
Bahan bantu mengajar :
Kertas warna,Botol air, dan Air.
Langkah-langkah
pengajaran:
Langkah/masa
|
Isi pelajaran
|
Aktiviti P&P
|
catatan
|
Pendahuluan
(2minit)
|
Doa memulakan belajar.
|
Guru menyuruh murid-murid bersama-sama menadah tangan untuk
bacaan doa.
|
Kemahiran:
Menghafaz
|
Set induksi
(2 minit)
|
-Bahan bantu mengajar.
(3 Botol air)
-Menerangkan tajuk yang akan diajarkan pada hari ini.
|
-Guru menunjukkan alat bantu mengajar(3 botol minuman yang
ditanda A,B dan C) kepada murid-murid.
-Guru menyoal murid-murid tentang aktiviti yang akan diajarkan
oleh guru kepada murid-murid.
-Murid-murid memberikan jawapan berdasarkan pengamatan
masing-masing.
|
Nilai:
Peka
|
Langkah 1
( 3 minit)
|
Definisi isipadu cecair:
Jumlah cecair yang boleh memenuhi sesuatu bekas.
|
-Guru bersoal jawab dengan murid-murid tentang maksud isipadu
cecair.
-Murid-murid memberi jawapan mengikut pengetahuan mereka.
-Guru menerangkan dan melengkapkan jawapan murid.
|
Kemahiran:
Bercakap
|
Langkah 2
(5 minit)
|
- Guru menerangkan konsep isipadu kosong, isipadu separuh penuh,isipadu
penuh .
Isipadu kosong:Tiada cecair yang terdapat dalam sesuatu bekas.
Isipadu separuh penuh:Cecair yang memenuhi separuh ruang sesuatu bekas.
Isipadu penuh:Cecair yang memenuhi semua ruang sesuatu bekas.
|
-Guru mempamerkan 3 botol air kepada murid-murid yang
berlainan jumlah isipadu.
Botol A(Isipadu kosong)
Botol B(Isipadu Separuh penuh)
Botol C(Isipadu penuh)
-Guru menjelaskan maksud setiap isipadu tersebut.
|
Alat bantu mengajar:
Botol air dan Air
Nilai:Berminat
|
Langkah 3
(5 minit)
|
Peneguhan kepada isi pelajaran yang diajarkan.
|
-Guru meminta 3 orang murid ke hadapan kelas dan menyelesaikan
latihan yang diberikan.
-Guru meminta murid menyesuaikan perkataan dengan gambar yang
betul berdasarkan contoh yang ditunjukkan melalui botol air.
|
Alat bantu mengajar:
Kertas warna(Gambar).
|
Penutup
(3 minit)
|
Pengukuhan:
Penyoalan kepada murid-murid mengenai isi pelajaran.
|
-Guru bersoal jawab dengan murid-murid dan meminta pelajar
menerangkan semula mengenai isi pelajaran yang telah dilaksanakan.
|
Nilai:
Mengingat
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan