Rabu, 27 November 2013

Definisi Autisma


Assalamualaikum pembaca semua..kali ni rasa teruja plak nk kogsi cter psal kanak2 Autisma..bkn apa,2 hari lps solehah dan rakan2 telah prgi satu program iaitu 'Parent Education'..Program ny sbenarnya dianjurkan oleh pensyarah kami yang mengendalikn Makmal Autisma UKM..anda semua tahu tak kwujudan makmal tersebut di UKM??mgkin ada dalam klangan kita yang dah tahu sbb  TV3 melalui slot Malaysia Hari Ini prnh mmbuat lintas langsung dari makmal Autisma UKM  ini untuk brkgsi tentang kanak2 Autisma ni kpd masyarakat..


Pda mnggu ny tjuk fokus untuk Parent Education ni ttg pengalaman hidup beberapa individu bersama kanak2 yang mempunyai masalah Autisma ini terutamanya yang mempunyai adik beradik Autisma.Banyaklah jgak ilmu yang saya dapat tu,yang pling menyentuh perasaan, saya tiba2 teringat Allahyarham adik saya yang mengidap penyakit Sindrom Down apabila mereka menceritakan pengalaman mereka bersama adik mereka yang ada masalah Autisma tu.Opss,dh lari tjuk ny..sbnrnya ramai yang tak tahu definasi sbnr masalah Autisma ni apa,banyak andaian yang dibuat terhadap kanak-kanak ini kerana kurang pendedahan tentang Autisma ni..kt sni sy nk kgsi apa itu Autisma spya pmbaca lebih faham dan akan memahami kehidupan kanak2 yg mnhdapi masalah ini dan bersama2 mmbntu mereka dalam menjalani kehidupan seharian mereka..Sebelum kita menolong mereka,kita perlu tahu kelebihan dan kelemahan mereka,jika tak tahu mcm mna nk tolong mereka kn??

DEFINISI AUTISMA

Istilah autisme berasal dari perkataan autos (bermakna diri sendiri) dan isme (aliran) yang bermakna “berada dalam dunia sendiri”.Pada 1943, Leo Kanner telah mengenal pasti tanda-tanda yang menunjukkan ciri  autisme, dan menggunakan istilah autistic yang bermakna: “lari dari realiti”. Kanner membezakan autisme dengan schizophrenia dlm tiga aspek iaitu mengasingkan diri secara melampau sejak dari kecil, terlalu sayang pada sesuatu objek, dan keinginan yg sangat kuat untuk bersendirian.Manakala definisi autisme  menurut Persatuan Autisme Amerika Syarikat:

“Austisme adalah ketidakupayaan yang rencam yang pada kebiasaannya kelihatan pada masa kanak-kanak itu belum meningkat umur tiga tahun. Keadaan ini adalah kesan daripada kecelaruan neurologikal yang mengganggu fungsi otak. Autisme dan tingkah laku yang berkaitan dengannya dianggarkan terdapat dalam 1 daripada 500 individu. Kekerapan kanak-kanak lelaki mengalami autisme adalah empat kali gandadaripada kanak-kanak perempuan.”

Kauffman (1993) menyifatkan autisme sbg “Pervasive developmental disorder” kerana ia menjejas kesemua jenis fungsi dan dikenalpasti sebelum kanak-kanak mencapai usia 3 tahun”. Terdapat kontroversi tentang konsep autisme (sama ada kecelaruan tingkah laku atau masalah kesihatan), dan keputusan ialah meletakkan autisme sebagai satu ketidakupayaan yang tersendiri di bawah Disabilities Education Act (1990).

Definisi dan konsep autisme oleh Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM):

“Autisme adalah satu kekurangan seumur hidup dan menampakkan kesannya pada masa 30 bulan pertama seseorang bayi. Komunikasi antara mereka adalah terbantut dan mereka tidak dapat berhubung dengan secara langsung. Mereka juga mempunyai masalah tingkah laku. Individu autisme mempunyai kelebihan yang luas. Kerap sekali, mereka menunjukkan kelebihan dalam bidang matematik atau kemahiran teknikal, ataupun dalam seni muzik, “rote memory” dan lain-lain.”


Walau bagaimanapun, kanak-kanak dengan autisme boleh mempunyai pelbagai keupayaan intelek . Selalunya, mereka boleh menunjukkan kebolehan luar biasa dalam kemahiran matematik atau mekanikal, atau dalam muzik, hafalan , ingatan, dan lain-lain.


Sebagai contoh video di bawah ini:







Isnin, 18 November 2013

Pengalaman Pertama (PRA-PRAKTIKAL)


Pada semester ketiga tahun 1,sebagai pelajar fakulti pendidikan UKM,saya dan rakan2 wajib menjalani 
pra-praktikal di sekolah yg dipilih berdasarkan program masing2..Dah tahu kan sy ambk program apa,sudah psti program PENDIDIKAN KHAS..Saya telah mmilih sekolah lama saya iaitu Sekolah Kebangsaan Bukit Payong,Jertih,Besut,Terengganu sbg tmpt saya berpra-praktikal..kebetulan sekolah ny telah mnwarkn program pendidikan khas 3 tahun yg lalu..untg la kn dpt pra-praktikal sekolah lama..boleh jumpa rakan2 skampung,bekas2 guru..tapi pd mulanya malu sbb ramai org knal kn..pergi sana kena tegur,prgi stu kna tegur..ad yg perli..'Eh,dh jd cikgu ke skrg??'..dgn rasa bangga nya ckap.."Cikgu Praktikal"..hehehehe..mula2 kn perasaan prgi sekolah tu lain..dulu sbg pelajar..tp skrg dh jd cikgu..yg pling tak boleh dilupakan wktu prhmpunn mngguan dlm dewan..dok ats pentas..kn dh cikgu..rasa janggal plk..nk2 cikgu kte yg ajar kita dlu dduk skali ngn kita..boleh bayangkan tak???

Pengalaman mmg byk ah dpt,lgipun masa pra-praktikal tu dlm bulan Ramadhan..buat kuih raya,buat kuih utk berbuka puasa skali ngn gru2 pnddkn khas dan pljr2..buat ttapn pmbaca skalian,kt bwh ny sy kgsikn sdikit gmbr msa pra-praktikal dlu..

TERIMA KASIH (Pendidikan Khas Di Hatiku)...
















Puzzle antara yg pling diminati oleh pelajar2














                                     Aktiviti Kokurikulum (Kawad Kaki)
















                Aktiviti harian pelajar2


                                                                             












                                                Pelajar yang paling famous 1
                                                                                                                                                                                                                                                               








Pelajar paling famous 2























                                                                 Pelajar paling rajin
















Siram tanamam sayur

                                                                                                                                                                                                                       













                                               Hasil aktiviti memasak(Kuih Tepung Bunga)
    














Pelajar membantu menggoreng kuih
                                                                                                                                 


                                       Pelajar kesayangan sy ketika pra-praktikal...
              

Sabtu, 16 November 2013

Masalah Pembelajaran

Pada kali ini saya akan berkongsi tentang apa itu masalah pembelajaran dalam pendidikan khas ini.Nak tahu tak kenapa saya mahu kongsi tentang masalah pembelajaran???sebabnya saya ambil pengkhususan masalah pembelajaran dalam pendidikan khas di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ni..
Pelajar bermasalah pembelajaran merupakan golongan kanak-kanak berkeperluan khas yang paling ramai.Tumpuan perkongsian kali ini  ialah tentang definisi,sebab-sebab berlakunya masalah pembelajaran dan ciri-ciri serta kaedah mengenalpasti pelajar bermasalah pembelajaran ini.


DEFINISI MASALAH PEMBELAJARAN


Individual with Disabilities Education Act (IDEA), 1997  

Masalah pembelajaran didefinisikan sebagai masalah dalam satu atau lebih daripada proses asas psikologi melibatkan pemahaman atau penggunaan bahasa sama ada pertuturan atau penulisan di mana masalah yang dihadapi mengakibatkan kebolehan mendengar, berfikr, bertutur dan membaca yang tidak sempurna. Ini tidak termasuk mereka yang bermasalah pembelajaran akibat daripada ketidakupayaan penglihatan, pendengaran dan motor, kerencatan akal, gangguan emosi atau kekurangan dalam persekitaran, budaya atau ekonomi.



The National Joint Committee on Learning Disabilities (NJCLD), 1990

Mentakrifkan masalah pembelajaran sebagai merujuk kepada satu kumpulan masalah yang pelbagai yang mengakibatkan kesukaran yang nyata mendengar, bertutur, membaca, menulis, membuat keputusan atau menyelesai masalah matematik. Masalah ini berpunca daripada ketidakfungsian sistem saraf pusat dan boleh berlaku pada bila-bila tahap umur. Masalah mengawal tingkah laku, persepsi dan interaksi sosial mungkin wujud bersama masalah pembelajaran tetapi ia sendiri tidak akan menyebabkan kepada berlakunya masalah pembelajaran. Masalah pembelajaran mungkin wujud seiring dengan ketidakupayaan lain seperti masalah sensori, kerencatan mental atau gangguan emosi. 

Secara kesimpulannya, pelajar bermasalah pembelajaran terdiri daripada mereka yang kurang kemampuan belajar disebabkan oleh masalah pemahaman, pertuturan, penulisan dan penyelesaian masalah matematik. Ini tidak termasuk masalah pembelajaran disebabkan oleh kerencatan mental, kurang upaya penglihatan, pendengaran, gangguan emosi dan tingkah laku.

SEBAB-SEBAB MASALAH PEMBELAJARAN

Kecederaan Otak
Kecederaan otak boleh berlaku sebelum kelahiran bayi di mana ibu yang mengandung mengambil alkohol atau dadah, dijangkiti demam campak atau merokok. Kecederaan otak juga boleh berlaku semasa kelahiran seperti bayi kekurangan oksigen. Selepas kelahiran, kecederaan otak boleh berlaku disebabkan demam panas, hentakan yang kuat pada bahagian kepala akibat kemalangan dan jangkitan seperti meningitis.

Keturunan
Terdapat banyak kajian menunjukkan, keturunan merupakan salah satu sebab kepada masalah pembelajaran. Penyelidik mendapati bahawa kira-kira 30-50% kanak-kanak menghadapi masalah pembelajaran apabila mempunyai ibu atau bapa atau kedua-duanya menghadapi masalah pembelajaran. Ini menunjukkan masalah pembelajaran boleh diwarisi daripada keturunannya.


Ketidakseimbangan Biokimia

Ketidakseimbangan biokimia juga boleh menyumbang kepada masalah pembelajaran. Ketidakseimbangan bahan kimia dikatakan boleh menjadi punca kepada masalah hiperaktiviti yang boleh mengakibatkan kesukaran memberi tumpuan ke atas kerja sekolah.


Faktor Persekitaran
Selain kecederaan otak, keturunan dan ketidakseimbangan biokimia, faktor persekitaran juga boleh menjadi penyebab kepada masalah pembelajaran. Persekitaran yang serba kekurangan kerana kemiskinan seperti pemakanan yang tidak seimbang, keadaan rumah yang tidak selesa, persekitaran yang kotor dan bising, hubungan ibu bapa dengan anak-anak tidak mesra atau tidak mencukupi boleh menimbulkan masalah pembelajaran di kalangan kanak-kanak. 
Terdapat bukti menunjukkan bahawa kanak-kanak bermasalah yang tidak menerima pengajaran yang sistematik, telah memudaratkan lagi masalah pembelajaran yang dihadapi. Oleh itu, pengajaran yang sistematik patut diaturkan untuk semua pelajar bermasalah pembelajaran.


CIRI-CIRI PELAJAR BERMASALAH PEMBELAJARAN


Ciri Kognitif

Pelajar bermasalah pembelajaran kebiasaannya lemah dalam pengamatan termasuklah tumpuan, perhatian, ingatan dan pemikiran atau pengolahan. Pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi kesukaran dalam mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baru atau sukar mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam situasi pembelajaran.



Ciri Akademik

Ciri akademik berlaku di kalangan pelajar masalah pembelajaran dalam masalah membaca, lisan, tulisan dan matematik. Ramai pelajar masalah pembelajaran menghadapi masalah membaca. Paling nyata ialah kesukaran memahami apa yang dibaca dan kesukaran mengenal pasti perkataan. Istilah yang sering dikaitkan dengan masalah membaca ialah disleksia.


Selain membaca, pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi kesukaran dalam lisan seperti fonologi, morfologi, susunan kata dalam ayat (syntax) dan pragmatik. Pelajar yang lemah dalam lisan gagal memahami perkataan yang di sampaikan sekaligus sukar melibatkan diri dalam perbualan atau interaksi dengan kawan dan sebagainya.

Masalah kemahiran menulis di kalangan pelajar bermasalah pembelajaran ialah kesukaran memegang pen atau penselketika menulis dengan tangan, menulis huruf yang berlainan saiz, kelemahan dalam mengeja, tidak menggunakan tatabahasa yang betul, organisasi perenggan yang tidak teratur dan kurang menggunakan struktur ayat yang kompleks.

Secara umum, pelajar kemahiran menulis pelajar bermasalah pembelajaran adalah lebih rendah berbanding dengan rakan sebaya mereka yang normal atau biasa. Bagaimana pun, kemahira menulis pelajar bermasalah pembelajaran boleh dipertingkatkan jika intervensi awal dilaksanakan dan kaedah mengajar yang teratur dan sistematik diperkenalkan.

Bidang terakhir di mana pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi kesukaran untuk belajar ialah matematik. Masalah ini juga boleh di istilahkan sebagai diskalkulia yang merujuk kepada ketidakupayaan dalam kemahiran matematik. Secara umumnya diskalkulia bermakna ketidakupayaan untuk mengira. Antara masalah matematik yang berlaku di kalangan pelajar bermasalah pembelajaran ialah tidak menguasai sepenuhnya dalam pengiraan asas seperti tambah, tolak, darab dan bahagi. Selain itu, pelajar bermasalah pembelajaran sukar membuat anggaran dan pengukuran seperti saiz, nilai, wang, jarak atau cecair.


Ciri Sosial dan Emosi

Memahami ciri sosial dan emosi pelajar bermasalah pembelajaran adalah sama penting dengan memahami ciri kognitif dan akademik mereka. Bagaimana pelajar bermasalah pembelajaran melihat diri mereka dan orang lain serta bagaimana mereka mahir dalam interaksi sosial secara signifikannya dapat mempengaruhi mereka berjaya dalam pembelajaran. Tambahan pula,kejayaan mereka dalam hidup bergantung kepada kemampuan mereka berinteraksi dengan orang lain secara berkesan.


  Kemahiran Sosial yang Lemah


           Pelajar yang mempunyai kemahiran sosial yang lemah didapati sukar untuk mencari kawan, diketepikan oleh pelajar lain dan tidak kerap berinteraksi dengan guru. Mereka kurang mempunyai teman-teman dari kalangan kanak-kanak biasa disebabkan mereka tidak berupaya untuk mengetahui kenapa dan bagaimana untuk menjalin serta mengekalkan hubungan. Adakalanya pelajar bermasalah pembelajaran tidak mempunyai kemahiran untuk menolak tekanan rakan sebaya yang negatif serta tidak dapat mengenalpasti model rakan sebaya yang baik untuk ditiru. 


      Akibatnya, harga-diri (self-esteem) mereka pun rendah yang mungkin disebabkan dengan kekecewaan usaha mereka berinteraksi dengan orang lain. Kadang kala hal ini menyebabkan mereka bertingkah laku negatif dan menyakiti orang lain.


·         Motivasi

         Motivasi merupakan keinginan untuk melibatkan diri dalam aktiviti. Kebanyakan pelajar bermasalah pembelajaran kurang bermotivasi untuk belajar. Apabila pelajar bermasalah pembelajaran berjaya dalam peperiksaan, mereka menganggap sebagai bernasib baik atau ujian senang, tetapi apabila gagal dalam ujian, mereka menganggap diri mereka bisu (dumb). Keadaan ini menunjukkan betapa lemahnya motivasi mereka.


Ciri Tingkah Laku
Sebahagian pelajar bermasalah pembelajaran mempunyai masalah sukar memberi tumpuan, mudah terganggu, terlalu aktif dan resah, tidak mengikut arahan dan sebagainya. Istilah yang sering digunakan dalam masalah ini di sebut masalah kurang tumpuan hiperaktiviti (ADHD). Masalah tingkah laku ini akan mengganggu kelas dan tidak menyenangkan bagi guru, ibu bapa dan pelajar lain. Masalah tingkah laku ini juga boleh mengganggu hubungan sosial dan memberi kesan negatif terhadap penilaian kendiri pelajar.



Apa itu pendidikan khas???

Pada mulanya saya kurang berminat untuk menceburi bidang pendidikan khas ini tetapi selepas saya membuat pembacaan apa sebenarnya pendidikan khas ini,saya mula tertarik untuk masuk dalam dunia ini. Selepas mengetahui apa itu pendidikan khas sebenarnya,saya menganggap ia sebenarnya sesuatu yang unik dan tidak semua orang sanggup dan sudi menceburi bidang ini.

Pendidikan khas merupakan perkhidmatan dan kemudahan pendidikan yang disediakan untuk individu berkeperluan khas, atau kurang upaya, yang terdiri daripada mereka yang mengalami kecacatan mental, bermasalah pembelajaran, gangguan emosi dan tingkah laku, gangguan komunikasi(pertuturan dan bahasa), hilang pendengaran, hilang penglihatan atau darjah penglihatan yang rendah, kecacatan fizikal dan golongan pintar cerdas.

Kementerian Pelajaran Malaysia menurut Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas 1997 Bahagian II 3(2) menyediakan pendidikan khas dan kemudahan untuk murid bermasalah penglihatan dan pendengaran, manakala pendidikan khas integrasi pula adalah untuk yang bermasalah pembelajaran, penglihatan, dan pendengaran.

            Ia diwujudkan di peringkat prasekolah, sekolah harian biasa rendah dan menengah serta sekolah menengah teknik atau vokasional, dengan menggunakan pendekatan pengajaran berasingan dan separa inklusif. Tempoh pengajian bagi sekolah rendah adalah selama enam tahun, manakala bagi sekolah menengah pula selama lima tahun dan dilanjutkan sehingga dua tahun maksimum mengikut keperluan murid.
Syarat-syarat kemasukan ke sekolah pendidikan khas pula adalah; Tadika(berusia tidak kurang 6 tahun), Sekolah Rendah(berusia 6+ hingga 14+ tahun) dan Sekolah Menengah (13+ hingga 19+ tahun. Semua kanak-kanak ini mestilah mendapat pengesahan daripada doktor terlebih dahulu dan dapat menguruskan diri sendiri tanpa bantuan individu atau orang lain.


Jumaat, 15 November 2013

PENGENALAN

Assalamualaikum semua..

Ini adalah post pengenalan blog saya kepada umum,blog ini ditubuhkan bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada masyarakat di luar sana tentang ilmu-ilmu pendidikan khas yang terdapat di Malaysia.Saya bukan seorang pakar atau guru dalam bidang pendidikan khas ini,tetapi saya ialah seorang bakal guru pendidikan khas yang masih dalam proses pembelajaran tentang ilmu-ilmu ini.Melalui blog ini kita boleh sama-sama belajar melalui penulisan saya nanti..Insya Allah