Khamis, 2 Januari 2014

Masalah akademik yang dihadapi pelajar-pelajar pendidikan khas

i.                    Motivasi yang rendah

Motivasi merupakan keinginan untuk melibatkan diri dalam aktiviti. Kebanyakan pelajar bermasalah pembelajaran kurang bermotivasi untuk belajar. Apabila pelajar bermasalah pembelajaran berjaya dalam peperiksaan, mereka menganggap sebagai bernasib baik atau ujian senang, tetapi apabila gagal dalam ujian, mereka menganggap diri mereka bisu (dumb). Keadaan ini menunjukkan betapa lemahnya motivasi mereka.

ii.                  Gaya pembelajaran

Kajian oleh Bass dan Grey (1996) merumuskan bahawa salah satu cara penentuan prestasi seseorang individu mempelajari dan menguasai ilmu adalah dengan menlihat gaya pembelajaranya. Penggunaan kaedah atau gaya pembelajaran dapat membantu seseorang mengetahui dan memahami pengetahuan dalam proses pembelajaran. Namum bagi pelajar pendidikan khas, mereka tidak dapat untuk mengaplikasikan gaya pembelajaran yang betul di dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka menyebabkan mereka mempunyai pencapaian akademik yang kurang memberangsangkan seterusnya menimbulkan masalah akademik dalam kalangan pelajar pendidikan khas.

iii.                Waktu yang diperuntukkan tidak mencukupi

Smith (1998: 53) menyarankan untuk bersabar dan memberikan waktu kepada pelajar berkeperluan khas. The Emily Hall Tremaine Foundation juga mengemukakan tentang pemberian waktu khusus supaya diberikan agar pelajar berkeperluan khas mampu menyelesaikan tugas yang diberikan. Artikel terdahulu juga menjelaskan tentang peruntukan masa yang longgar dan memberikan waktu rehat yang cukup untuk berehat.

Lingkungan belajar yang menyenangkan dapat meningkatkan motivasi belajar, temasuk pelajar berkeperluan khas. Menyenangkan dalam hal ini dapat dirasakan oleh pelajar ketika ia berhasil menguasai pembelajaran . Hal ini membayangkan pemberian tugasan yang disesuaikan mengikut kemampuan masing-masing sehingga mereka berhasil menyelesaikanya . Di sisi lain, permainan dapat memudahkan pelajar memahami sesuatu. 

De Porter (2006) mengatakan dengan masuk ke dunia pelajar maka guru dapat mengajak para pelajar memahami apa yang disampaikannya. Dunia pelajar cenderung mengarah ke permainan maupun situasi yang tidak menyenangkan. Ginsburg & Opper (1972 dalam Charlton. 2005) menyatakan bahawa pelajar belajar melalui permainan, mereka melatih kemampuan dalam proses pembelajaran. Permainan dapat menjadi sesuatu yang membosankan bila dilakukan terus menerus (Baker, Herman, & Yeh, 1981; Koran & McLaughlin, 1990 dalam Charton. 2005) dan hal-hal baru dapat dikenalkan dengan anak untuk memotivasi mereka. Golick (1973 dalam Charlton. 2005) menyatakan untuk pelajar berkeperluan khas, mereka memerlukan waktu dan bantuan lebih banyak merupakan halangan bagi guru untuk mencari aktiviti yang mencabar dan menyenangkan.

iv.                Ruang pembelajaran yang tidak sesuai

Stevens (1997) mengemukakan bahwa guru dapat membantu mengatasi permasalahan anak-anak dengan pengaturan kelas yang sesuai. Lingkungan belajar yang diwarnai dengan kerjasama memungkinkan peningkatan motivasi yang berdampak pada peningkatan prestasi, terlebih pada siswa dengan kemampuan terbatas (Winkel, 2004: 325). Kerjasama ini salah satunya dapat diwujudkan melalui tutor sebaya (peer tutoring). Tutor sebaya mempunyai posisi yang strategis dalam pembelajaran kelompok untuk membantu ABB. Anak dengan kemampuan yang lebih tinggi lebih peka terhadap kebutuhan teman yang berada di bawah kemampuannya. Di samping itu, teman sebaya juga tidak keberatan untuk membantu teman lain dalam kelompoknya (Elbaum et al. 1997; Thorkildsen, 1993; Vaughn, Schumm, Niarhos, & Gordon, 1993 dalam Vaughn, 2001).

 Elbaum et al.(1997 dalam Vaughn, 2001) menambahkan bahwa ABB lebih nyaman memperoleh bantuan dari teman dalam kelompok belajar yang heterogen. Piaget dalam (Fore, Riser & Boon, 2006) juga menyarankan interaksi dengan teman sebaya sebagai pengalaman yang dapat menstimulasi perkembangan kognitif. Namun interaksi antar siswa melalui tutor sebaya tersebut perlu dikondisikan untuk lingkungan kelas yang belum terbiasa bekerjasama. Pada lingkungan kelas yang kompetitif, tidak sedikit siswa yang menganggap teman sekelas sebagai lawan dan harus dikalahkan dan hal ini memerlukan antisipasi strategis. Peran guru untuk mengarahkan anak-anak dalam suasana cooperative learning akan menjadi sebuah catatan dalam penanaman nilai-nilai sosial yang bermakna bagi anak-anak di kemudian hari.

v.                  Masalah penguasaan dalam pembacaan

Keupayaan untuk membaca merupakan salah satu kunci kejayaan akademik. Ramai pelajar yang kurang upaya tidak mempunyai kemahiran yang cukup untuk membaca di peringkat sekolah. Mereka masih boleh belajar fonik asas dan kemahiran perkataan di pengenalan. Mereka boleh belajar bagaimana untuk menggunakan strategi untuk membantu mereka memahami perkataan yang ditulis, frasa, dan ayat. Beberapa buku-buku teks dan lembaran kerja memberi cabaran tambahan kepada pelajar-pelajar untuk mereka lebih faham tentang isi pengajaran. Sebagai contoh:


  • Mengetengahkan idea-idea yang penting dan memberitahu pelajar untuk membaca terlebih dahulu.
  • Beri pelajar kajian panduan untuk diikuti apabila mereka perlu membaca sendiri.
  • Mari pelajar menggunakan sebuah buku yang ditulis pada tahap yang lebih rendah gred. Ini boleh membantu pelajar memberi perhatian yang lebih kepada idea-idea utama.
  • Mempunyai rakan belajar membaca
  • Menyediakan buku-buku dan bahan-bahan pengajaran yang lain dalam format braille atau timbul.
  • Optik penambah atau pembesar.

vi.     Kemahiran asas 3M ialah kemahiran membaca, menulis dan mengira menyebabkan masalah akademik


Pelajar pendidikan khas menguasai 3M menyebabkan masalah akademik. Kemahiran asas 3M ialah
kemahiran membaca, menulis dan mengira. Dari aspek kemahiran membaca, jika seseorang murid tidak
dapat mengeja atau menyebut sebutan perkataan atau nombor, maka dia tidak dapat menguasai kemahiran
membaca. Ini kerana kemahiran asas membaca adalah mengeja dan menyebut sebutan perkataan atau
nombor. Kesimpulannya, kemahiran membaca dapat dikuasai dengan adanya teknik mengeja dan
menyebut sebutan perkataan atau nombor.


Penguasaan kemahiran 3M amat penting untuk kehidupan harian kerana ia sangat berguna dalam
kehidupan harian yang amat memerlukan kemahiran 3M. Dengan itu, pengetahuan dapat dipertambahkan
melalui penguasaan kemahiran 3M yang telah dikuasai dengan membaca buku-buku. 

a.       Kemahiran mengira.

Pelajar pendidikan khas ini mempunyai masalah mengira yang merujuk kepada ketidakupayaan dalam
kemahiran matematik. Antara masalah mengira yang berlaku di kalangan pelajar pendidikan khas ialah
tidak menguasai sepenuhnya dalam pengiraan asas seperti tambah, tolak, darab dan bahagi. Misalnya
penyakit diskalkulia yang sering dialami oleh para pelajar pendidikan khas. Selain itu, pelajar pendidikan
khas sukar membuat anggaran dan pengukuran seperti saiz, nilai, wang, jarak atau cecair. Kesulitan
belajar matematika disebut juga diskalkulia (dyscalculis) (Lerner, 1988)

b.       Kemahiran Menulis

Kemahiran Menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas, cantik, dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan berunsur pengetahuan dan penulisan imaginatif. (Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Bahasa melayu 2003)

Disini dapat dilihat pelajar pendidikan khas sukar untuk menulis kerana mereka tidak berminat tehadap aktiviti akademik. Malahan mereka mengalami kekurang upaya atau kemahiran moto halus mereka tidak berfungsi dengan sempurna menyebabkan mereka semakin tidak berminat terhadap akademik. Tambahan pula mereka sukar untuk menulis abjad- abjad yang kompleks sepeti huruf ‘G’, ‘A’ dan ‘R’. Malahan kurangnya perhatian yang diberikan oleh ibubapa dan guru mengenai tahap kemahiran menulis adalh rendah kerana masing-masing tidak memainkan peranan yang sepatutnya seperti pemantauan hasil kerja mereka. Sikap ibu bapa sendiri yang alpha tentang member tunjuk ajar. Sepatutnya mereka perlu mengajar cara menulis sebagai pengukuhan pembelajaran di sekolah.

c.       Kemahiran Membaca

Kemahiran Membaca merupakan keupayaan murid membaca ayat dengan lancer serta sebutan, intonasi, dan jeda yang betul. Penekanan perlu diberi kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca. (Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Bahasa melayu 2003).

Dengan penguasaan kemahiran 3M, masalah akdemik  pendidikan khas tidak akan berlaku. Amalan baik seperti amalan membaca akan harusalah diajar kepada pelajar pendidikan khas dengan menggunakan modul yang betul. Menyentuh tentang masalah akademik dalam kemahiran bacaan, secara amnya, beberapa isu yang sering berlaku di kalangan murid-murid pendidikan pendidikan khas antaranya ialah tidak, kenal huruf, meninggalkan huruf atau perkataan, tidak memahami apa yang dibaca, teragak-agak, salah sebutan, lemah daya ingatan, menambah perkataan, mengulang perkataan dan mengeja semasa membaca.

Pelajar pendidikan khas ini tidak kenal huruf. Masalah tidak kenal huruf merupakan punca utama kebanyakan kanak-kanak gagal membaca dengan baik. Keadaan ini akan menyebabkan murid-murid menyebut sesuatu huruf sesuka hati atau dengan meneka sahaja dan menjadikan perkataan itu tidak bermakna atau berlainan makna.

Ketika membaca pelajar pendidikan khas meninggalkan huruf. Huruf dan imbuhan ditinggalkan ketika membaca. Contohnya, ‘buah’ disebut ‘uah’, ‘kering’ disebut ‘kerin’, mengandungi disebut mengandung dan sebagainya.

Pelajar pendidikan khas juga suka meninggalkan perkataan. Perkataan dalam ayat juga kerap ditinggalkan semasa membaca seperti ‘buku itu sangat tebal’ dibaca sebagai ‘buku itu tebal’  

Biasanya pelajar pendidikan khas ini tidak memahami apa yang dibaca. Mereka pendai membaca tetapi tidak memahami apa maksud yang disampaikan dapada pembacaanya.

                  Gagal memahami maksud perkataan dan frasa yang berkaitan dengan waktu seperti selepas, sudah, sebelum, pagi, sekejap dan sebagainya.

Mereka juga tidak memahami maksud perkataan dalam pelbagai situasi, misalnya dalam ayat ‘panjatlah lagi pokok itu’, yang bermaksud melarang seseorang itu daripada memanjat pokok difahami sebagai ayat menyuruh seseorang itu memanjat pokok lagi.

Mereka juga gagal memahami atau membuat urutan idea atau peristiwa yang terdapat dalam bahan bacaan terutamanya apabila diminta menceritakan semula petikan yang dibaca. Merka juga Lambat memberi tindak balas terutamanya apabila tidak memahami arahan yang dibaca. Apabila membaca mereka gagal menghubungkan sebab dan akibat dalam bahan bacaan yang dibaca.

Mereka juga mudah teragak-agak yang membawa maksud berhenti sejenak sebelum menyebut sesuatu perkataan ketika membaca hal ini kerana mereka tidak pasti akan bacaannya.

Salah sebutan terjadi akibat pelajar pendidikan khas tidak mengenal huruf atau tidak tahu membunyikan sesuatu huruf sehingga sesuatu perkataan tidak bermakna lagi dalam konteks ayat berkenaan. Kesalahan-kesalahan di atas boleh mengubah makna perkataan atau ayat yang dibaca dan perlu juga diberi perhatian oleh guru untuk mengatasinya. Selain itu, guru juga perlu memerhati tingkah laku yang ditunjukkan semasa murid membaca yang boleh menunjukkan murid itu bermasalah dalam bacaan. Antara tingkah laku yang boleh dikenal pasti adalah seperti yang berikut :-

a)    Membatang suku kata terlebih dahulu sebelum dapat menyebut seluruh perkataan.
b)    Bacaan tersekat-sekat iaitu perkataan demi perkataan dan tidak lancar.
c)    Membaca terlampau cepat atau gopoh tanpa menghiraukan tanda bacaan.
d)    Membaca terlampau lambat atau merangkak-rangkak.
e)    Menunjuk perkataan dengan jari ketika membaca.
f)     Tingkah laku yang tidak selesa seperti mengerdip-ngerdipkan mata, mengerut dahi, 
        menggeleng-geleng kepala dan sebagainya.
g)    Suara terlalu perlahan atau tidak jelas atau ‘blurring’.
h)   Kedudukan mata terlalu dekat dengan bahan bacaan.
i)     Cuba mengelak daripada aktiviti membaca.

Pelajar pendidikan khas itu idak boleh membaca langsung.. Guru mestilah peka dengan petunjuk-petunjuk tingkah laku yang dipamerkan oleh murid-muridnya kerana tingkah laku tersebut menunjukkan murid berkenaan menghadapi masalah dalam bacaan.

Lemah daya ingatan. Ingatan pada otak kadang kala mendatangkan masalah seperti sel-sel pada otak tidak dapat berhubung antara satu sama lain. Ini mungkin  disebabkan oleh kecederaan yang pernah dialami oleh pesakit sama ada kemalangan ataupun kecederaan akibat terhantuk benda yang keras.

Simptom:
a.        Semakin lemah daya ingatan/ lupa
b.        Gagal mengenal pasti objek
c.         Masalah emosi seperti kemurungan dan depresi
d.        Rasa janggal di tempat yang biasa dilawati
e.        Hilang kemampuan jasmani
f.         Tidak mengendahkan kebersihan diri
g.        Tidak berminat dengan pelajaran/ pekerjaan

Menambah perkataan sebagi contohnya pelajar pendidikan khas sering menambah perkataan semasa membaca seperti ’bulan-bulan’ disebut ’bulang-bulang’, ’ikan-ikan’ disebut ’ikang-ikang’ dan seumpamanya.

Mengulang Perkataan/ Ulangan (repetition).Hal ini dapt ditunjukkan melalui pelajar pendidikan khas sering mengulang-ulang perkataan atau suku kata semasa membaca dan perbuatan mengulang ini bukan disebabkan oleh masalah gagap.

Pelajar pendidikan khas mengeja semasa membaca sebagai contohnya mereka teragak-agak semasa membaca, menunjuk teks bacaan dengan jari ketika membaca, tidak berupaya membaca ayat yang panjang kerana was-was dan kurang yakin salah atau betul.

Kemajuan pembacaan yang lemah. Secara khususnya, masalah-masalah dalam bacaan berlaku dalam beberapa peringkat iaitu pada peringkat mengenali bentuk huruf, suku kata, kesukaran dalam pengamatan dan juga kesukaran membaca peringkat ayat.

Daripada masalah akademik yang berlaku di kalangan pelajar pendidikan khas, salah satunya adalah murid tidak dapat membatang perkataan yang mempunyai banyak suku kata. Contohnya, perkataan-perkataan seperti jambatan, pelajaran, pendapatan dan sebagainya.

Masalah ini akan menyebabkan murid tidak dapat menguasai kemahiran membaca. Murid akan cepat berasa jemu dan kadang-kadang akan cuba mengelak daripada aktiviti membaca.

Beberapa cara dapat dijalankan bagi mengatasi masalah ini. Fokus utama hendaklah dimulakan dengan penguasaan terhadap kemahiran asas yang bermula dari bawah, barulah seseorang murid itu dapat menguasai kemahiran yang seterusnya.

vii.               Masalah Penulisan

Kanak-kanak berkeperluan khas biasanya mempunyai masalah penulisan terutama dari segi gengaman pensel. Masalah ini merupakan salah satu faktor kekurangupayaan dalam kemahiran motor halus seterusnya membawa kepada masalah pembelajaran. Kecekapan menulis semasa belajar adalah penting kepada setiap murid kerana kegagalanya boleh membawa kesan negatif kepada keyakinan diri  dan pencapaian akademik. Kecekapan menulis merupakan satu halangan kepada pencapaian akademik di sekolah khususnya dalam Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran (PPKIBP). Kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran (KKBP) di Malaysia dalam PPKIBP adalah Sindrom Down, Autisme Ringan, Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD), Terencat Akal Minimum, dan Bermasalah Pembelajaran Spesifik (contoh: Disleksia). Kajian tinjauan ini dijalankan untuk mengetengahkan jenis-jenis genggaman pensel dalam kalangan KKBP, jenis-jenis peringkat genggaman pensel murid-murid bermasalah pembelajaran di peringkat sekolah rendah.

 Kajian menunjukkan kategori murid Bermasalah Pembelajaran Spesifik mencatatkan peratusan tertinggi bagi ketiga-tiga jenis peringkat genggaman pensel iaitu 8.4 peratus (19 orang murid) bagi peringkat matang, 51.6 peratus (116 orang murid) bagi peringkat tidak matang dan 1.8 peratus (4 orang murid) bagi peringkat lain-lain. Diharapkan hasil kajian ini dapat memberi pengetahuan kepada pendidik untuk lebih berfokus kepada cara menggenggam pensel semasa menulis dan ahli terapi cara kerja untuk merancang program intervensi yang lebih berkesan serta memberi maklum balas kepada perancang kurikulum pendidikan tentang penggubalan kurikulum yang lebih berkesan untuk KKBP. Penggunaan alat adaptif pensel boleh meningkatkan keupayaan menggenggam pensel ke arah genggaman pensel peringkat matang.

Murid-murid yang mempunyai masalah menulis akan menunjukkan skor genggaman yang lebih rendah berbanding dengan murid-murid yang tiada masalah menulis (Schneck 1991; Schneck & Henderson 1990). Kajian yang dijalankan oleh Rosenblum, Goldstand dan Parush (2006) menunjukkan perbezaan yang signifikan di antara penulis mahir dan penulis tidak mahir dalam semua faktor ergonomik termasuk genggaman pensel. Hal ini disokong dengan pernyataan Abdul Rasid (2011) bahawa masalah ketidakcekapan koordinasi mata dan tangan semasa menulis. Ketidakupayaan ini dikesan semasa murid memegang pensel dengan cara yang tidak betul. Akibatnya murid tidak dapat menulis.

Kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran (KKBP) adalah Sindrom Down, Autisme Ringan, Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD), Terencat Akal Minimum, dan Bermasalah Pembelajaran Spesifik (Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia 2011). Murid-murid bermasalah pembelajaran ini menghadapi pelbagai masalah yang berpunca daripada ketidakupayaan pembelajaran telah mempengaruhi pencapaian mereka dalam bidang akademik secara tidak langsung (Mohd Hanafi, Mohd Mokhtar, Lokman, Md. Amin, Fauzi, Zawawi & Kamarudin 2010).

Kemahiran menulis didapati kurang dititikberatkan dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran kerana melalui pemerhatian yang dijalankan didapati guru-guru jarang mengajar murid cara untuk memegang alat tulis dengan betul semasa menulis. Maka, mekanis kemahiran menulis tidak diberi penekanan secara formal di sekolah sehingga tulisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak semakin tidak cantik dan sukar dibaca (Yusop & Walter Alvin 2010).

Bagi mengatasi masalah gemgaman pensel dalam penulisan dalam kanak-kanak bermasalah pembelajaran , penggunaan alat bantuan teknologi sebagai strategi intervensi kerana genggaman yang tidak berfungsi boleh dibangunkan dengan penggunaan alat adaptif seperti pemegang getah spesifik atau pensel segi tiga sangat diperlukan (McMurry, Drysdale & Jordan 2009).

Wedell, Steven dan Waller (2002) menyatakan sebahagian besar kanak-kanak tahun satu mengaplikasikan kaedah menggenggam pensel yang pelbagai. Walau bagaimanapun, kebanyakan kajian lepas menunjukkan bahawa jenis genggaman tripod dinamik adalah dianggap ideal oleh kebanyakan pendidik dan ahli terapis (Rosenbloom & Horton 1971; Schneck & Henderson 1990; Selin 2003).

viii.            Kurikulum pendidikan yang sama

Bagi murid-murid bermasalah pendengaran dan penglihatan, kurikulum yang digunakan di sekolah adalah sama dengan kurikulum yang diajarkan oleh murid-murid tipikal yang lain. Hal ini akan mengakibatkan murid-murid berkeperluan khas tidak dapat mengikuti kurikulum yang diajar dengan sepenuhnya kerana bagi mereka ia adalah berada di tahap yang tinggi yang tidak mampu dicapai oleh mereka. Hal ini akan menyebabkan prestasi akademik mereka akan merosot.


Tanggnngjawab Membantu Pelajar Mencapai Kejayaan

Isu para pelajar yang bermasalah dalam pelajaran sering menjadi tajuk perbualan mereka yang prihatin dalam dunia pendidikan, Siapakah yang dipertanggungjawabkan untuk mengatasi isu ini, sarna ada ibu bapa, guruguru atau para pelajar itu sendiri? Ada yang mengatakan bahawa pencapaian pelajar banyak bergantung kepada persekitaran belajar di rumah yang memang membantu dan bagaimana ibu bapa memberi keutamaan kepada hal ini.

Pihak lain pula menuding jari ke arah guru-guru dan menegaskan bahawa tugas dan tanggungjawab ini sepatutnya dipikul oleh guru-guru, Alasannya ialah mereka terlibat seeara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran, Namun sesetengah pihak pula mengatakan bahawa motivasi untuk belajar dan berjaya sepatutnya datang daripada para pelajar itu sendiri,Heacox (1991) yang berpengalaman dalam berurusan dengan para pelajar yang menghadapi masalah pencapaian akademik mengatakan bahawa kejayaan atau kegagalan seseorang pelajar bergantung kepada ketiga-tiga pihak iaitu pihak ibu bapa, guru-guru dan para pelajar itu sendiri. 

Komitmen para ibu bapa dan guru dalam menyediakan suasana pembelajaran yang terapeutik akan menjadi salah satu sumber rnotivasi dan model kejayaan kepada mereka. Sokongan kedua-dua pihak sangat-sangat diperlukan oleh para pelajar ini untuk menggarap kejayaan, Walau bagaimanapun kebolehan atau keupayaan pelajar-pelajar itu sendiri, minat, kemahiran belajar, tabiat belajar dan mahu berusaha serta isu-isu personal seperti keupayaan individu melengkapkan keperluan asas iaitu bermula dengan keperluan fisiologi sehinggalah ke tahap keperluan kesempurnaan kendiri, tidak boleh dipandang ringan kerana perkara-perkara tersebut turut menyumbang seeara langsung kepada peningkatan prestasi akademik mereka.

Memandangkan ketiga-tiga pihak terlibat dalam menentukan kejayaan atau kegagalan para pelajar, maka eloklah kiranya ibu bapa, guru-guru dan para pelajar itu sendiri duduk bersama berbineang dan bekerjasama untuk mengenal pasti punca-punea kelemahan atau kegagalan, melihat kekurangan yang ada di persekitaran rumah dan sekolah dan mernbuat perancangan atau pelan tindakan. Pelan tindakan bertujuan mengatasi kelemahan dan kekurangan yang telah dikenal pasti supaya apa jua halangan tidak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran seterusnya.


Rabu, 1 Januari 2014

ADHD

DEFINISI

Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) ialah kekurangupayaan tingkah laku yang sering berlaku dikalangan kanak-kanak(Rowland,Lesense & Abramowitz,2002).ADHD atau kecelaruan hiperaktif dan kurang daya tumpuan membawa maksud sebagai salah satu gangguan biasa kepada kanak-kanak dan boleh berterusan hingga dewasa.Ia dapat dilihat dikalangan kanak-kanak pra sekolah dan awal persekolahan.ADHD menyukarkan kanak-kanak untuk mengawal tingkah laku mereka dan memberi tumpuan. ADHD tidak dianggap sebagai masalah pembelajaran. Ia boleh dikatakan sebagai kekurangan upaya di bawah Akta Individu Kurang Upaya Pendidikan (IDEA ), yang menjadikan pelajar ADHD ini layak menerima perkhidmatan pendidikan khas.Selain itu,menurut American Speech Language Hearing Association (ASHA), ADHD adalah keadaan dimana keadaan otak yang menjejaskan keupayaan seseorang untuk memberi perhatian.

TIGA KATEGORI UTAMA

Kanak-kanak ADHD menunjukkan tingkah laku yang terdapat dalam tiga kategori utama yang sering berlaku dalam beberapa persekitaran seperti di rumah,di sekolah dan sebagainya seperti tidak boleh duduk setempat ,sering menghadapi masalah untuk bermain secara senyap,terlalu banyak bercakap dan bertindak seolah-olah digerakkan oleh motor.Antara tiga kategori utama ADHD ialah hiperaktiviti,tempoh tumpuan yang singkat dan tingkah laku impulsif:

1.      Hiperaktiviti
Ø  Kerap menggerak tangan ,kaki atau menggeliang-geliutdi tempat duduk
Ø  Selalu meninggalkan tempat duduk ketika di kelas
Ø  Selalu berlari ke sana ke mari atau suka memanjat dan pada kebanyakan masa kelihatan kekok
Ø  Kerap menghadapi masalah untuk bermain atau melakukan aktiviti riadah secara senyap
Ø  Selalu banyak bercakap
Ø  Sering bergerak cergas

2.      Tempoh Tumpuan Yang Singkat
Ø  Sering gagal memberi tumpuan yang teliti kepada butir-butir terperinci atau cuai serta membuat kesilapan semasa membuat kerja sekolah atau aktiviti-aktiviti lain
Ø  Selalu tidak mematuhi arahan dan gagal menyiapkan kerja sekolah,kerja harian atau tugas
Ø  Kerap mengalami masalah untuk mengatur tugas dan aktiviti-aktiviti
Ø  Kerap mengelak,tidak suka atau keberatan hendak melakukan sesuatu tugas yang memerlukan tumpuan yang lama seperti kerja sekolah
Ø  Selalu kehilangan barang seperti pensil,pemadam atau buku
Ø  Tumpuan mudah bertukar dari satu aktiviti ke satu aktiviti yang lain
Ø  Mudah lupa walaupun tidak sepatutnya jika mengikut usia dan keupayaan

3.      Tingkah Laku Impulsif
Ø  Selalu memberi jawapan sebelum soalan lengkap diajukan
Ø  Kurang sabar dan hadapi masalah ketika menunggu giliran
Ø  Sering mengganggu atau mencelah perbualan atau aktiviti orang lain
Ø  Sering membuat pertimbangan yang salah dan mudah mengalami kemalangan.

Kanak-kanak yang kurang daya tumpuan adalah sukar untuk fokus dalam melakukan sesuatu pekerjaan atau ketika bermain-main.Jika mereka bermain bola,kanak-kanak dengan ADHD ini tidak dapat mensasarkan bola,bola akan pergi ke arah bertentangan daripada yang disasarkan. Disebabkan itu, kanak-kanak dengan ADHD ini sukar untuk mendapat keseronokan,ia juga mempunyai kesukaran untuk menumpukan perhatian serta tidak dapat menyiapkan tugasan yang diberikan kepadanya.Biasanya aduan akan dibuat jika kanak-kanak dengan ADHD ini menghadapi kelalaian atau tidak mendengar atau tidak ikut arahan,tidak kemas dalam melakukan kerja-kerja rutin dan tugasan-tugasan atau kerja harian.Kanak-kanak ini boleh mempunyai satu kekurangan dalam hanya atau satu jenis atau lebih daripada satu jenis. (Barkley,2006)


GEJALA ADHD

Tanda-tanda utama ADHD pada kanak-kanak dan remaja pada setiap masalah tingkah laku diperincikan di bawah iaitu :

Kecuaian
Tanda-tanda utama kecuaian adalah mereka mempunyai satu tahap tumpuan yang singkat,mudah terganggu,sering membuat kesilapan dan cuai, contohnya dalam menyiapkan kerja sekolah selain sering bersifat pelupa.Malahan mereka tidak dapat memberi perhatian pada tugas-tugas yang membosankan atau memakan masa yang lama,tidak dapat mendengar atau menjalankan arahan-arahan yang diberikan,tidak dapat menumpukan perhatian dan sentiasa menukar aktiviti atau tugas yang diberikan dan menghadapi kesukaran dalam mengorganisasi sesuatu tugasan.

Hiperaktif
Tanda-tanda utama hiperaktif adalah tidak dapat duduk diam, terutamanya di persekitaran yang tenang atau sunyi,tidak dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan,pergerakan fizikal yang berlebihan dan gemar bercakap banyak.

Impulsif
Tanda-tanda utama impulsif ialah tidak mampu untuk menunggu giliran,bertindak tanpa berfikir dan sering mengganggu perbualan serta tidak berasa takut pada bahaya.

Jika anak anda mempunyai ADHD, tanda-tanda mereka biasanya menjadi ketara sebelum umur tujuh tahun, diagnosis biasanya dibuat ketika mereka berumur antara tiga ke tujuh tahun.ADHD boleh menyebabkan masalah dalam kehidupan kanak-kanak, dan boleh membawa kepada kemunduran di sekolah serta menyebabkan mereka mengalami masalah interaksi antara rakan sebaya.


PUNCA ADHD

Tiada kajian saintifik yang dapat membuktikan punca sebenar ADHD,namun begitu kajian semasa dengan kuat mengatakan yang ADHD adalah disebabkan oleh gangguan genetik dan faktor-faktor neurobiologikal (Kieling,Gonclaves,Tannock & Castellanos,2008 ; Mick & Farone, 2008).

Faktor Genetik            
ADHD cenderung berlaku dalam keluarga, dan dalam kebanyakan kes, keadaan ini merupakan salah satu penyebab yang paling kerap yang menyebabkan ADHD. Kajian menunjukkan bahawa kedua-dua ibu bapa dan adik-beradik kanak-kanak dengan ADHD adalah empat hingga lima kali lebih cenderung mempunyai ADHD.

Faktor Persekitaran
Banyak faktor yang berkompromi mengenai pembangunan sistem saraf sebelum dan selepas kelahiran, ia juga mungkin berhubungkait dengan gejala-gejala ADHD, seperti kerumitan semasa kehamilan dan sewaktu kelahiran,ibu yang merokok semasa kehamilan, berat bayi yang lahir rendah, faktor pemakanan, atau ibu-ibu yang meminum alkohol serta pengambilan dan penggunaan dadah. Ini menyebabkan sistem neurologi terkejut dan memberi kesan terhadap bayi. Walaupun faktor – faktor awal ini meramalkan gejala-gejala ADHD, mereka mungkin tidak spesifik kepada ADHD, mereka mungkin meningkatkan risiko untuk menghidapi penyakit-penyakit lain, bukan sahaja ADHD.

Kecederaan Otak
Kanak-kanak yang mengalami kecederaan otak akan menunjukkan beberapa sifat yang sama seperti ADHD.Kajian menunjukkan bahawa cara otak berfungsi  bagi kanak-kanak dengan ADHD berbeza dengan orang yang tipikal. Ia dianggap sebagai bahan kimia dalam otak yang membawa mesej, yang dikenali sebagai neurotransmitter, tidak berfungsi dengan baik pada orang dengan ADHD. Malahan, orang dengan ADHD seolah-olah memaparkan aktiviti yang kurang di bahagian otak mereka yang mengawal aktiviti dan perhatian.Beberapa penyelidikan menunjukkan bahawa lobus hadapan, bahagian otak yang mengawal untuk membuat keputusan, tidak bekerja seperti yang sepatutnya pada orang dengan ADHD. Dalam kajian lain, mereka mungkin mempunyai ketidakseimbangan dalam paras bahan kimia tertentu, seperti noradrenalin dan dopamin. Walaubagaimanapun, hanya peratus yang kecik kanak-kanak dengan ADHD mengalami trauma kecederaan otak.

Jantina
Kanak-kanak lelaki lebih didiagnos dengan ADHD daripada kanak-kanak perempuan, ramai lelaki didiagnosis dengan syarat berbanding wanita. Kajian menunjukkan hal ini mungkin kerana diagnosis cenderung untuk menentukan kuat, tingkah laku mengganggu, yang lebih ketara dan lebih biasa pada lelaki berbanding perempuan.ADHD tidak cenderung dalam perempuan kerana mereka cenderung untuk mempunyai bentuk keadaan yang ditakrifkan oleh kecuaian (ADHD terutamanya lalai, atau gangguan defisit perhatian(ADD).





Video Kumpulan

Jumaat, 27 Disember 2013

Filem mengisahkan kanak-kanak Disleksia


Filem ini sebenarnya telah saya tonton ketika waktu sekolah dulu tetapi pada ketika itu saya setakat menonton sebuah filem hindu yang agak menyentuh perasaan tentang pengorbanan seorang guru mendidikan seorang pelajar yang lembap dalam pembelajaran.Tetapi untuk lebih memahami lagi selepas saya tahu apa sebenarnya intipati cerita itu,saya menonton cerita ini sekali lagi.

Filem ini mengisahkan seorang kanak-kanak yang bernama Ishaan menghidapi masalah disleksia iaitu masalah tidak dapat membaca dan menulis disebabkan dia tidak mengenali huruf-huruf yang ditulis.Disebabkan masalah yang dihadapi,dia selalu gagal dalam peperiksaan..Akhirnya bapanya menghantar dia ke sekolah berasrama dan berpisah dari keluarga.Pada pendapat saya,ibubapa perlulah menyelidik mengapa anak-anak sering gagal dalam peperiksaan dan tidak terus menghukum dan tidak perlulah membandingkan pencapaian antara anak-anak seperti yang ditunjukkan oleh bapa Ishaan yang sering membandingkan pencapaian Ishaan dengan kakak Ishaan.

Semasa Ishaan di sekolah berasrama itu,seorang guru iaitu guru untuk subjek seni dapat mengesan masalah Ishaan ini.Gurunya ini melihat sesuatu yang aneh pada diri Ishaan kerana kurang terlibat dalam aktiviti dalam kelas dan sering berada dalam kesedihan.Guru ini berusaha mencari maklumat tentang Ishaan dan akhirnya guru ini dapat mengesan bahawa Ishaan menghadapi masalah Disleksia melalui perbualan dengan ibubapa Ishaan dan buku-buku latihannya.Saya amat tersentuh dan kagum dengan usaha guru ini dalam menyelidik tentang masalah yang sedang dialami Ishaan kerana dia mahu Ishaan belajar seperti kanak-kanak lain.Filem ini juga memperlihatkan kehidupan yang dihadapi kanak-kanak Disleksia.

Selepas mengetahui Ishaan menghadapi masalah Disleksia ini,gurunya membantu Ishaan untuk boleh menulis dan membaca dan akhirnya Ishan boleh menulis dan menbaca.Dalam tempoh gurunya membantu Ishaan,guru tersebut juga dapat mengesan bahawa Ishaan mempunyai bakat dalam melukis.Melalui bakat itu,guru tersebut telah mengadakan satu pertandingan melukis untuk memberi semangat yang baru kepada Ishaan.Dapat dilihat melalui cerita ini,setiap kanak-kanak itu berbeza dan mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing,seperti Ishaan walaupun menghadapi masalah dalam akademik tetapi berbakat dalam bidang lain  iaitu melukis.Kejayaan seorang pelajar bermula dari seorang guru yang prihatin terhadap persekitaran pelajarnya dan berusaha menggunakan kebolehan yang sedia ada untuk mengembangkan pencapaian pelajar tersebut secara maksimum.


Layari laman youtube dibawah:
http://www.youtube.com/watch?v=9bev--7zthI


SELAMAT MENONTON....................